31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Ujian teori lesen memandu diambil sekali sahaja – Anthony

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMEGANG lesen memandu yang ingin mengambil lesen bagi kelas berbeza tidak perlu mengambil ujian teori kali kedua berkuat kuasa 15 September ini.

MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah itu diambil selepas mendengar maklum balas orang ramai selain daripada dapat menjimatkan dan kos dan masa.

Katanya, menerusi pengecualian ujian teori, individu terlibat akan dapat melakukan penjimatan sekurang-kurangnya RM100 setiap kali mengambil lesen kelas berbeza.

“Sebagai contoh, seseorang yang telah lulus ujian Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) 01 atau teori dalam lesen memandu motosikal tidak perlu mendudukinya kali kedua apabila mengambil lesen memandu motokar. 

“Namun, calon masih wajib menjalani latihan dan menduduki ujian KPP02 (ujian di litar) dan KPP03 (praktikal di jalan raya) secara berasingan apabila mengambil lesen memandu motosikal dan motokar,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya hari ini.

Anthony Loke berkata, inidividu tersebut hanya perlu memperbaharui semula lesen belajar memandu (LDL) dan seterusnya mendaftar di institut latihan memandu untuk melengkapi ujian di peringkat KPP02 dan KPP03 dalam kelas kenderaan berkenaan.

Ujar beliau, syarat kelayakan umur bagi motosikal adalah kekal pada 16 tahun ke atas manakala motokar 17 tahun dan individu perlu bebas daripada senarai hitam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis. 

“Inisiatif ini akan memanfaatkan rakyat Malaysia bagi mendapatkan lesen kelas motosikal atau motokar tanpa menjejaskan tahap kekompetenan pemandu.

“Pelaksanaan tersebut adalah hasil maklum balas awam dan bertujuan menjimatkan masa dan kos bagi mendapatkan LMM yang sah selaras dengan hasrat Kerajaan Perpaduan untuk memlihara rakyat melalui konsep Malaysia Madani,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan