26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Tubuh jawatankuasa, cari mekanisme penumpang dapat bayaran balik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) telah mengarahkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menubuhkan satu jawatankuasa khas dan berhubung dengan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk cari makanisma dalam memastikan semua penumpang terjejas dapat bayaran balik.

Perkara itu kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, adalah menjadi keutamaan pihaknya ketika ini.

Menurut beliau, seramai 125,000 penumpang terjejas dengan nilai keseluruhan tiket hampir RM20 juta ekoran penggantungan serta-merta perkhidmatan syarikat penerbangan tambang murah MyAirlines Sdn Bhd (MYAirline).

“Syarikat berkenaan telah mengeluarkan tiket sehingga Mac tahun depan melibatkan lapan destinasi domestik dan Bangkok, Thailand.

“MYAirline telah memberi jaminan kepada MAVCOM (Suruhanjaya Penerbangan Malaysia) untuk menunaikan kewajipan terhadap penumpang yang terjejas dengan membuat bayaran balik kepada mereka.

“Kita faham ada penumpang (beli tiket) guna kad kredit untuk membeli tiket kapal terbang.

“Jadi kita perlukan kerjasama daripada BNM untuk melihat apakah makanismenya supaya mana-mana penumpang yang menggunakan kas kredit itu mendapat ‘refund’.

“Bagi mereka yang membeli terus daripada syarikat penerbangan terbabit, kita akan pastikan ia dapat dilaksanakan secepat mungkin,”katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Anthony berkata, oleh kerana MYAirline menggantung operasi secara tergesa-gesa ramai penumpang tidak ketahui dan mereka telah pergi ke lapangan terbang.

Advertisements

“Sudah tentu perkara ini tidak baik berlaku dan sudah tentu memberikan kesan yang buruk kerana mungkin ada penumpang tidak dapat hadir untuk urusan perniagaan mereka atau urusan yang lain.

“Namun begitu saya mengucapkan terima kasih kepada empat syarikat penerbangan lain yang telah tampil menghulurkan bantuan dengan menawarkan tambang harga diskaun,”katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab apatah lagi pada waktu operasinya digantung, MYAirline seolah-olah terus ‘menghilangkan diri’.

Menurutnya, bukan hanya kapal terbang tidak beroperasi malah kakitangan mereka juga tiada di lapangan terbang untuk memaklumkan situasi semasa kepada pelanggan.

“Saya amat kesal dengan apa yang berlaku dan ia menjejaskan, bukan sahaja nama syarikat itu tapi menjejaskan imej negara sebagai sebuah destinasi pelancongan,”katanya.

MyAirline mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa hari ini, 12 Oktober 2023.

Menerusi satu kenyataan, syarikat itu berkata, penggantungan tersebut akan berlanjutan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Menurutnya, tekanan kewangan menjadi punca keputusan itu terpaksa dibuat selain menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan penjanaan semula modal syarikat itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan