29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

PM beri jaminan fokus usaha selesaikan isu kaum India

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada pimpinan MIC, bahawa Kerajaan Perpaduan akan menumpukan kepada usaha menyelesaikan isu yang melingkari kaum India.

Beliau berkata, usaha itu termasuklah berkenaan miskin tegar dan pendidikan.

“Hadir pertemuan khas bersama kepimpinan MIC sambil diapit Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran serta ratusan ahli parti dalam suasana santai serta penuh harmoni.

Advertisements

“Dalam ucapan, saya memberi jaminan kepada pimpinan MIC, bahawa Kerajaan Perpaduan akan menumpukan kepada usaha menyelesaikan isu yang melingkari kaum India, khususnya berkenaan miskin tegar dan pendidikan,”katanya pada hantaran di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, situasi negara masa kini memerlukan semua pihak meletak tepi soal kepentingan politik buat sementara dan memerlukan kebersamaan menunjangi serta menyelesaikan isu yang lebih penting seperti soal kemiskinan tegar. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan