33 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Kursi Tun Dr. Ismail dibentuk di UKM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Perpaduan bersetuju untuk membentuk Kursi Tun Dr. Ismail Al-Haj di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Perdana Menteri menerusi catatan di Facebook berkata, pembentukan itu adalah sebagai menghargai legasi kepimpinan dan cetusan pemikiran Dr. Ismail yang menekankan peri penting perpaduan antara kaum di negara ini.

“Tengah hari tadi menghadiri majlis memperingati sumbangan serta jasa tokoh besar, pahlawan bangsa dan negarawan ulung almarhum Tun Dr. Ismail di Dataran Merdeka. 

“Saya menyentuh mengenai sejarah pembangunan negara di dasawarsa lampau tatkala negara melalui fasa yang sangat mencabar sesudah kemerdekaan, selain usaha tegas almarhum dalam menyatukan rakyat pelbagai kaum,” katanya hari ini.

Advertisements

Majlis Memperingati Negarawan, Tun Dr. Ismail Al-Haj: Tonggak Perpaduan Negara diadakan bersempena sambutan Bulan Kebangsaan di Dataran Merdeka.

Dihadiri lebih 10,000 pengunjung, majlis itu bertujuan mendidik generasi muda mengenai sumbangan Dr. Ismail dalam membangunkan negara.

Anwar berkata, usaha serta pengiktirafan itu adalah bagi memberi ruang kepada generasi muda dan penerus untuk menyemangati sumbangan Dr. Ismail khususnya dalam aspek perpaduan dan penyatuan kaum. 

“Semoga pengiktirafan ini dapat mencambah lebih banyak penyelidikan berkenaan sosok ini dan diwacanakan dalam pelbagai bidang sosioekonomi, pentadbiran dan kenegaraan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sejauh mana kebebasan universiti dimanfaatkan mahasiswa?

Oleh DR ABDUL MUQIT MUHAMAMMAD KEBEBASAN akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat universiti. Tanpa kebebasan akademik, masyarakat universiti tidak akan...

Lagi Artikel Berkaitan