25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Industri penerbangan negara beransur pulih – Anthony Loke

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TAHAP pemulihan industri penerbangan negara menunjukkan perkembangan positif pada kadar 74.1 peratus atau 381,475 penerbangan dalam 10 bulan pertama tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sehingga September lalu, lapangan-lapangan terbang di negara ini telah mengendalikan sebanyak 62.8 juta penumpang.

“Kerajaan mensasarkan peningkatan bilangan penumpang pada tahun ini adalah sebanyak 87.8 juta bersamaan 80.6 peratus berbanding bilangan penumpang yang direkodkan pada 2019.

“Jumlah penumpang dijangka kembali ke tahap prapendemik pada tahun hadapan. Tahap pemulihan keseluruhan jumlah penumpang adalah pada kadar 77.5 peratus pada Januari hingga September 2023 berbanding tempoh sama pada 2019,” katanya pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Advertisements

Beliau menjawab soalan Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) yang ingin tahu jumlah penerbangan dan pengendalian penumpang untuk lapangan terbang di Malaysia, sama ada telah kembali pada tahap sebelum Covid-19.

Menurut Anthony Loke, pemulihan penerbangan terbaik adalah melibatkan penumpang domestik pada kadar 84.4 peratus diikuti penumpang ASEAN 77.5 peratus dan 63.4 peratus bagi penumpang destinasi antarabangsa yang lain.

“Berkenaan pencapaian ketepatan waktu bagi penerbangan domestik, syarikat penerbangan Malaysia merekodkan pencapaian 79 peratus untuk suku ketiga 2023 berbanding 82 peratus pada suku kedua 2023.

“Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dalam proses menentukan taraf prestasi bagi Pencapaian Ketepatan dan Kadar Pembatalan Penerbangan bagi syarikat penerbangan Malaysia. Proses ini dianggarkan akan selesai pada suku pertama 2024,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan