26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Tragedi Elmina: Laporan awal siap dalam 30 hari – MOT

Mesti Baca

LAPORAN awal siasatan nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam yang berlaku pada Khamis lalu akan disediakan dalam masa 30 hari daripada tarikh kemalangan udara itu berlaku.

Kementerian Pengangkutan (MOT) berkata, siasatan teknikal berdasarkan Annex 13 – Aircraft Accident and Incident Investigation, International Civil Aviation Organisation (ICAO Annex 13), telah pun dimulakan oleh pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) bermula tarikh kejadian itu.

“Tujuan utama penyiasatan untuk menentukan hal keadaan dan punca kemalangan, dengan tujuan menyelamatkan nyawa serta mengelak berlaku kemalangan sama pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan media.

MOT turut memaklumkan siasatan yang dilaksanakan bukanlah bertujuan untuk membuktikan kesalahan atau liabiliti.

Oleh itu, MOT meminta orang awam atau mana-mana pihak yang mempunyai sebarang bentuk rakaman video atau foto yang relevan, supaya tampil mengemukakannya kepada BSKU bagi membantu siasatan insiden.

Bahan berkenaan boleh dihantar melalui emel [email protected] atau hubungi talian khas BSKU 03-8892 1235 (Lt Kol Juma’in Saadon TUDM).

Advertisements

MOT juga memohon kerjasama orang awam yang berada berhampiran tempat kejadian dan menyaksikan kemalangan berkenaan, untuk tampil berhubung dengan BSKU melalui e-mel ataupun talian disediakan bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, MOT merayu orang awam untuk tidak menyebarluaskan imej serta video mangsa yang terkorban dalam kemalangan udara terbabit.

Kenyataan itu berkata, perbuatan sedemikian akan menimbulkan kekeliruan dan spekulasi yang bukan sahaja mengganggu siasatan kemalangan udara, tetapi menyinggung perasaan keluarga waris mangsa.

Terdahulu, dalam kejadian jam 2.48 petang itu, sebuah pesawat Beechcraft 390 Premier 1 yang membawa lapan penumpang dan kru, terhempas di kawasan Elmina.

Selain mengorbankan semua yang berada dalam pesawat itu, nahas terbabit turut meragut nyawa dua orang awam iaitu seorang penunggang motosikal p-hailing dan seorang pemandu e-hailing yang kebetulan melalui tempat kejadian. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan