25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024

Pelajar Politeknik, KK, IPG layak terima subsidi tiket penerbangan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

INISIATIF bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan kini diperluas.

Kementerian Pengangkutan (MOT) menerusi kenyataan berkata, bermula hari ini, inisiatif tersebut bakal dinikmati pelajar politeknik dan kolej komuniti (KK) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Selain itu, pelajar matrikulasi dan institut pendidikan guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) turut layak menerima manfaat tersebut.

“Pelajar politeknik, kolej komuniti, matrikulasi dan institut pendidikan guru boleh membuat semakan kelayakan melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan (https://subsidiudara.mot.gov.my/).

“Pelajar yang layak boleh membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan daripada mana-mana satu syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines (termasuk MASwings dan FireFly), AirAsia, Batik Air dan MYAirline yang dipilih melalui laman sesawang syarikat penerbangan tersebut,” katanya hari ini.

Kerajaan pada 12 Julai lalu, mengumumkan pelaksanaan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik sahaja.

Advertisements

Mengulas lanjut, MOT berkata, sekiranya pelajar didapati tidak layak, mereka boleh membuat semakan dan rayuan kepada KPT atau KPM melalui institusi pendidikan masing-masing.

Katanya, buat masa ini, pelajar yang layak hanyalah pelajar yang berdaftar di politeknik, kolej komuniti, matrikulasi dan institut pendidikan guru sehingga sesi akademik 2022/2023 serta belum menamatkan pengajian selepas sesi akademik tersebut.

“Setelah menerima permohonan tersebut, syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada pelajar sebagai credit shell untuk membeli tiket penerbangan.

“Sekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada RM300, baki baucar digital akan kekal dalam credit shell dan boleh digunakan untuk pembelian tiket seterusnya,” katanya.

Menurut MOT, tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Mitsubishi Electric: Paulo Josue selamatkan ‘maruah’

PEMAIN naturalisasi, Paulo Josue menjadi penyelamat maruah skuad Harimau Malaya apabila dua jaringannya di separuh masa kedua berjaya membawa...

Lagi Artikel Berkaitan