30.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Maklumat bantuan tambahan STR MySARA RM800, palsu – MOF

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kewangan (MOF) menegaskan bahawa maklumat mengenai Bantuan Tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 MySARA RM800 adalah palsu.

Turut tertera gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi poster yang tular dengan perkataan permohonan bantuan tunai RM800 tahun 2023.

Sehubungan dengan itu, MOF menerus kenyataan memohon agar orang ramai lebih berhati-hati.

“MOF menafikan maklumat mengenai Bantuan Tambahan STR 2023 MySARA RM800 dan jangan mudah terpedaya dengan berita-berita sebegini,”katanya.

Dalam pada itu, MOF turut melampirkan rujuk siaran media berkenaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di pautan https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/siaran-media/penerima-sumbangan-tunai-rahmah-str-berstatus-miskin-tegar-bakal-terima-sumbangan-asas-rahmah-sara-mulai-17-julai-2023

Advertisements

Soalan Lazim (FAQ) dan semakan status kelayakan SARA boleh diperoleh di Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my, manakala maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA pula boleh dirujuk di https://www.mykasih.com.my.

Layari portal dan ikuti saluran media sosial rasmi Kementerian Kewangan untuk maklumat terkini dah sahih.

Media sebelum ini melaporkan pembayaran akhir Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun ini akan disalurkan sebelum perayaan Deepavali secara berperingkat-peringkat mulai 7 November yang lalu.

Ia melibatkan peruntukan berjumlah RM2.1 bilion yang diagihkan kepada 5.5 juta penerima.

Untuk tahun 2023, proses permohonan STR hanya dibuat setahun sekali namun sebagai penambahbaikan pada STR 2024, kerajaan akan mengambil pendekatan berbeza bagi memastikan tiada golongan yang tercicir. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan