26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Elak layari laman web THiJARI palsu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TABUNG Haji (TH) memaklumkan laman web www.thijari.ticketmysearch.com  adalah palsu dan bukan di bawah kendalian TH.

Sehubungan itu, TH dalam satu hantaran di Facebook hari ini, menasihati pendeposit supaya tidak terpedaya dengan pelbagai taktik scammer , dan hanya melayari alamat laman web yang betul.

“THiJARI boleh diakses menerusi https://www.thijari.com.my Kalau Curiga, Jangan Percaya.

Advertisements

“Pendeposit dinasihati untuk sentiasa peka dan berhati-hati dengan pautan yang mencurigakan,” menurut hantaran itu.

Laman web THiJARI ialah platform dalam talian bagi perkhidmatan kepada pendeposit untuk pelbagai urusan, termasuk menyemak akaun, mencetak penyata akaun, pindahan wang dan perkhidmatan haji. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan