26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Juventus tawar jalan keluar kepada Sancho

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KELAB gergasi Itali, Juventus dilapor bersedia menawarkan jalan keluar buat pemain sayap Manchester United, Jadon Sancho pada jendela perpindahan Januari depan.

Penghijrahan keluar dari Old Trafford dilihat merupakan jalan terbaik buat pemain berusia 23 tahun itu dan United selepas Sancho ‘dibekukan’ daripada pasukan utama oleh pengurus, Erik ten Hag.

Sancho dalam tempoh dua bulan ini menjalani latihan dan diet secara bersendirian selepas secara terbuka menggelar ten Hag sebagi penipu susulan tindakan pengurus itu mengenepikannya ketika aksi menentang Arsenal, September lalu.

Bekas pemain sayap Borussia Dortmund itu juga enggan memohon maaf atas kenyataan yang dikeluarkan.

Sementara itu, wakil daripada Juventus dilaporkan berada di United Kingdom (UK) minggu lalu dan difahamkan telah menghubungi United bagi mendapatkan Sancho secara pinjaman pada Januari.

Advertisements

The Old Lady buat masa ini tidak mampu membayar yuran perpindahan tinggi untuk mendapatkan Sancho dengan perpindahan secara pinjaman dilihat opsyen terbaik bagi semua pihak.

Bagaimanapun, melepaskan Sancho secara pinjaman akan turut memberi implikasi kewangan kepada United kerana masih perlu membayar sebahagian daripada gaji mingguannya yang dianggarkan RM1.6 juta seminggu.

Selain Juventus, Dortmund dan beberapa kelab Arab Saudi juga dilapor berminat mendapatkan Sancho namun pemain sayap itu lebih berminat untuk kekal beraksi di Eropah.

Alternatif lain yang ada buat Sancho adalah menunggu proses pengambil-alihan kelab oleh Jim Ratcliffe selesai sama ada akan berlaku perubahan pengurus kelab atau sebaliknya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan