31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Kesan krisis kemanusian di Palestin turut babit hubungan global

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KRISIS kemanusiaan di Palestin akan memberi kesan bukan sahaja kepada rakyat Palestin atau rantau Timur Tengah secara meluas, tetapi juga kepada hubungan global untuk satu tempoh yang panjang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Apa yang berlaku di Palestin hari ini akan memberi kesan kepada kita. Implikasi kepada pertelingkahan ini amat signifikan dan akan berlarutan untuk tempoh yang panjang.

“Ini adalah pelanggaran undang-undang antarabangsa secara terang-terangan,”katanya pada syarahan khas bertajuk: “Super Power Rivalry and Rising Tensions in the Asia Pacific” di University of California.

Kira-kira 250 pelajar menghadiri majlis itu.

Anwar berkata, Malaysia secara konsisten menggesa diadakan gencatan senjata, dan hentikan pengeboman Gaza yang berterusan ketika ini.

“Seperti yang saya nyatakan di Parlimen Malaysia, tidak ada kata dua dalam perkara ini. Kita mengutuk keganasan, dalam semua bentuk, dan kita mengutuk secara mutlak tindakan membunuh, mengorbankan nyawa mereka yang tidak bersalah, dan menjadikan wanita serta kanak-kanak sebagai tebusan.

Advertisements

“Kita dengan tegas mengutuk pengeboman orang awam, rumah dan hospital serta kekejaman yang terhadap mereka yang tidak bersalah, kanak-kanak, wanita dan lelaki, dilakukan siang dan malam di Gaza,”katanya.

Beliau berkata, Malaysia melihat ini sebagai krisis kemanusiaan yang dicetuskan oleh peperangan yang kejam dan tanpa mengira siapa sahaja yang jadi mangsanya.

“Pokoknya ini bukan soal ketuhanan. Lagipun lebih 11,000 mangsa di Gaza terdiri daripada orang Islam dan Kristian serta warganegara pelbagai negara.

“Ini adalah mengenai usaha mencegah lebih banyak kematian, penderitaan dan kebencian.

“Penyokong perjuangan Palestin bukanlah penyalur ucapan kebencian mahupun penyokong keganasan,”tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan