27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Mazzari kembali ke Napoli selepas 10 tahun

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

WALTER Mazzari dilantik sebagai pengurus baharu Napoli susulan pemecatan Rudi Garcia oleh juara Serie A tersebut, semalam.

Ini merupakan tahun ke-10 sejak kali terakhir Mazzari mengendalikan skuad Partenopei yang mana dalam tempoh empat musim, pengendali itu membawa Napoli merangkul kejuaraan Piala Itali pada 2012.

Tugas berat menanti Mazzari selepas Napoli kini hanya menduduki tangga keempat Serie A, ketinggalan 10 mata berbanding pendahulu, Inter Milan.

Kelab itu juga kemarau kemenangan dalam empat perlawanan Mazzari ditugaskan menjadikan Napoli lebih kompetetif dan berjaya melepasi saingan peringkat kumpulan Liga Juara Juara Eropah (UCL).

Pengendali berusia 62 tahun itu tidak terikat dengan mana-mana kelab sejak Mei 2022 selepas dipecat Cagliari tatkala kelab berkenaan berada di zon penyingkiran.

Advertisements

Sepanjang kariernya, Mazzari pernah mengendalikan kelab besar seperti Inter Milan, Napoli dan Torino selain membawa Watford menamatkan musim di tangga ke-17 Liga Perdana Inggeris pada 2016-17.

Namun, sekembalinya di Napoli kali ini dengan tugas dan sasaran cukup besar apatah lagi skuad kali ini dibarisi pemain bintang seperti Victor Osimhen dan Khvicha Kvaratskhelia.

Napoli di bawah Luciano Spalletti pada musim lalu menamatkan penantian 33 tahun apabila muncul juara Serie A sebelum kehilangan pengendali itu kerana mahu berehat.

Bagaimanapun, Spalletti bersetuju mengambil-alih tugas selaku pengendali skuad kebangsaan Itali pada Ogos lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan