Tuesday, July 21, 2026

Permulaan terburuk saya sebagai pengurus – Mourinho

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEKALAHAN 1-4 kepada Genoa, awal pagi tadi menyaksikan Jose Mourinho merekodkan permulaan musim terburuk yang pernah dicatatkan pengendali itu di sepanjang karier kejurulatihannya.

Gol daripada Albert Gudmundsson, Mateo Retegui, Morten Thorsby dan Junior Messias sudah cukup memberikan AS Roma itu kekalahan ketiga dalam enam perlawanan pertama Serie A.

Bos kelab berpangkalan di Rome itu setakat ini hanya mengutip lima mata dalam enam perlawanan, menang sekali dan seri dua kali.

Dan kekalahan tersebut merupakan rekod baharu Mourinho yang sebelum ini hanya memperoleh tujuh mata dalam enam perlawanan bersama Chelsea pada musim 2015-16.

Keputusan yang dicatat awal pagi tadi diakui sendiri Mourinho namun beliau sempat menunjukkan kejayaan membawa Roma dalam dua aksi final kejohanan Eropah.

“Ini merupakan yang terburuk dalam karier saya juga. Bagaimanapun, saya fikir ini kali pertama Roma bermain dalam dua kejohanan Eropah secara berturut-turut,” ujar pengurus berbangsa Portugis itu.

Bekas pengendali Chelsea itu juga sempat memberikan mesej kepada pemainnya supaya terus bekerja keras di padang latihan walaupun masih berasa terluka atas kekalahan.

“Kami tida masa untuk menangis. Kami boleh menangis (secara dalaman) sendiri kerana ia di dalam hati terutama diri saya sendiri kerana saya ada hubungan rapat dengan penyokong Roma,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan