30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Napoli nafi persenda Osimhen, enggan mohon maaf

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

NAPOLI enggan memohon maaf susulan tindakan kelab memuat naik video di aplikasi TikTok yang dilihat sengaja mempersenda penyerang, Victor Osimhen.

Sebaliknya, juara Serie A itu berkata, mereka tiada niat menyinggung perasaan pemain antarabangsa Senegal itu menerusi video tersebut.

Kelab Naples itu mencetuskan kontroversi minggu ini apabila memuat naik video di TikTok yang mempersenda Osimhen sehingga ejen pemain berkenaan mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang.

Video pertama memaparkan pemain berusia 24 tahun itu meminta pengadil menghadiahkan sepakan penalti dengan audio dilajukan dengan kapsyen ‘Tolong berikan saya penalti’ disusuli sepakan penalti yang diambil Osimhen tersasar.

Video kedua daripada akaun rasmi kelab telah berlegar di media sosial sejak dipadamkan pula dilihat cuba membandingkan penyerang itu dengan kelapa – satu tindakan berunsur perkauman.

Advertisements

Bagaimanapun, dengan kenyataan terbaharu daripada kelab tidak dapat dipastikan apa tindakan seterusnya Osimhen dan ejennya, kerana tiada permohonan maaf dikemukakan bersama.

Baru-baru ini terdapat pergeseran di antara Osimhen dan pengurus Rudi Garcia kerana penyerang itu dikeluarkan ketika perlawanan menentang Bologna.

Osimhen bagaimanapun dilapor telah memohon maaf kepada Garcia dan rakan pasukan atas tindakannya itu.

Namun, pada Khamis lalu, Osimhen kembali berang apabila video berkenaan dimuat naik di media sosial Napoli. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bekas kakitangan Utusan dapat persetujuan Mahkamah Persekutuan

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan