28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Eto’o disiasat terlibat atur perlawanan liga Cameroon

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS Cameroon dilaporkan telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan legenda Barcelona, Samuel Eto’o terlibat dalam skandal mengatur perlawanan.

Bekas pemain Inter Milan, Chelsea dan Everton itu dituduh membantu mengatur perlawanan membabitkan kelab divisyen dua Cameroon, Victoria United untuk dipromosi ke liga itu.

Ini susulan penyebaran rakaman audio perbincangan antara Eto’o dan presiden kelab, Valentine Nkwain kepada umum.

Menurut Camfoot, Eto’o yang merupakan Presiden Bola Sepak Cameroon (Fecafoot) sejak 2021 kononnya berjanji untuk membantu Victoria layak ke divisyen teratas menerusi pengaturan perlawanan.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut ditepi Eto’o dan Nkwain biarpun Victoria akhirnya layak dipromosi.

Advertisements

“Ada beberapa perkara yang kita boleh lakukan (bantu Victoria) tetapi awak perlu jadi bijaksana.

“Jangan bimbang, kami akan berikan kamu tiga mata dan gantung pengadil tersebut. Opopo (nama panggilan Victoria) mesti naik divisyen.

“Inilah sasaran kita, ini persekutuan kita. Victoria United akan naik,” kata Eto’o dalam rakaman audio tersebut.

Eto’o pada Jun lalu memberitahu akhbar Itali, Gazzetta dello Sport bahawa dia ada berbincang dengan seorang rakan yang mahu melabur dalam bola sepak dan menjadikan sebuah kelab menjadi kelab terbaik di Cameroon. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Fahmi kecam Meta turunkan bahan Anwar jumpa pemimpin Hamas

KERAJAAN Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan Meta menurunkan bahan yang dimuat naik oleh media tertentu ke media sosial berhubung pertemuan...

Lagi Artikel Berkaitan