31.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

PDRM sahkan rakam percakapan Siti Mastura

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah merakam percakapan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr. Siti Mastura Mohammad di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, ia bagi membantu siasatan berhubung ucapan yang kenyataan fitnah terhadap pucuk pimpinan DAP.

“Siasatan telah dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Undang-undang/Pendakwaan (D5) JSJ Bukit Aman di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Siti Mastura pada suatu majlis didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Pengerusi DAP, Lim Guan Eng serta Lim Kit Siang adalah sepupu kepada ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng.

Advertisements

Susulan itu, pihak polis menerima enam laporan berkaitan kes tersebut.

Sementara itu, Mohd. Shuhaily berkata, kes masih di peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

“PDRM turut mengingatkan orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan tidak menggunakan kemudahan aplikasi bagi maksud yang menyalahi undang-undang,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan