29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

400 pelajar sertai perbarisan badan beruniform USIM

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

SERAMAI 400 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menyertai perbarisan badan beruniform anjuran Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah universiti itu di Kompleks Sukan Tunku Najihah USIM di Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Majlis perbarisan itu telah dirasmikan oleh Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Sharifudin Md Shaarani.

Perbarisan itu disertai oleh enam badan berunifom iaitu Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes), Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis), Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Sispa), Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Kor Siswa Bomba Bantuan (SBB) dan Pasukan Pandu Puteri Klover USIM.

Prof. Dr. Sharifudin dalam ucapannya menggesa para pelajar USIM merebut peluang menganggotai mana-mana badan beruniform bagi menyuburkan semangat patriotisme dalam diri mereka.

Beliau yang juga Kolonel Kehormat Palapes berharap mereka juga boleh menjadi pelajar contoh dan tauladan yang baik dengan mempromosikan kelebihan dan manfaat yang diperolehi melalui keanggotaan badan beruniform kepada pelajar lain.

Advertisements
Program perbarisan yang disertai oleh enam badan beruniform USIM.

“Kita mahu pelajar USIM merebut segala peluang yang ada untuk menganggotai mana-mana badan beruniform yang ada untuk menyuburkan semangat patriotisme dalam diri masing-masing berteraskan ilmu aqli dan naqli,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada para pelajar unit beruniform USIM yang terlibat sebagai sukarelawan mengagihkan bantuan kepada rakyat Palestin anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) baru-baru ini.

Sementara itu, Presiden Suksis, Muhammad Haqim Hussin Mohd Roslan berkata, penganjuran perbarisan seperti itu dapat membina perilaku kepimpinan dalam pengurusan universiti.

Katanya, ia juga dapat memupuk semangat perpaduan dan patriotisme di kalangan mahasiswa melalui penglibatan badan beruniform. – Muhammad Faiz Saufi Mohamad Shukri (Pelajar USIM) / Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan