29.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Kamil Munim persoal Tun tidak puas hati terhadap Anwar

Mesti Baca

SETIAUSAHA Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim mempersoalkan Tun Dr Mahathir yang dilihat masih tidak berpuas hati dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muhammad Kamil mempersoalkan hal itu selepas Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar memiliki pendirian berbeza dan menjadi lebih buruk selepas menjadi Perdana Menteri.

“Apa lagi yang Tun tak puas hati dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim? Apakah tak cukup derita puluhan tahun yang dialami oleh YAB PMX?”

“Sebaiknya Tun Dr Mahathir perlu ‘move on’ dan memberikan pandangan sebagai negarawan.

“Bukan lagi bangkit isu peribadi antara dirinya dan pemimpin negara yang dulunya diangkat oleh beliau juga,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial, X malam tadi.

Muhammad Kamil berkata, perkara yang lebih menjengkelkan apabila Dr Mahathir sendiri yang meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan tidak menepati janji untuk menyerahkannya kepada Anwar.

Beliau beranggapan bahawa komen yang dikeluarkan oleh Dr Mahathir terhadap Ahli Parlimen Tambun itu sebagai tanda kekesalan.

Advertisements

“Ini kerana tak manis jika nak diingatkan semula apa yang tangan Tun dah lakukan kepada pemimpin negara baik daripada Tunku, Tun Hussein, Tun Razak, Pak Lah hinggalah ke pemimpin negara hari ini.

“Tak ketinggalan kepada derita yang dialami oleh mantan pemimpin Pas yang telah meninggalkan kita.

“Mungkin Pas sekarang sudah lupa pesan mantan Presidennya, Datuk Fadzil Noor bahawa Dr Mahathir akan hidup lama untuk melihat kehancuran yang telah dia lakukan,” katanya.

Pada masa sama, Muhammad Kamil menjelaskan bahawa beliau tiada niat untuk menegur Dr Mahathir, namun hantaran itu dibuat sekadar meluahkan rasa sebagai pemimpin muda yang cuba belajar daripada pengalaman politik Malaysia.

Katanya, jika ada orang lebih tua menceceh hal-hal yang tidak sepatutnya, tiada ada guna lagi untuk meluruskan pandangannya.

“Begitulah halnya apabila seseorang sudah lanjut usia dan tanpa sedar menyuarakan rasa kesal dengan apa yang pernah dilakukan dirinya.

“Kita iyakan sahaja dan maju kehadapan,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bernas tanam padi pulut berskala besar di Langkawi

PADIBERAS Nasional Berhad (Bernas) melaksanakan projek penanaman padi pulut berskala besar membabitkan ladang sawah seluas 540 hektar di Langkawi,...

Lagi Artikel Berkaitan