29.9 C
Kuala Lumpur
Monday, November 4, 2024

Gagal kendali krisis punca keruntuhan rumah tangga

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

SEBAHAGIAN besar keruntuhan dalam rumah tangga berpunca daripada kegagalan pasangan suami-isteri mengendalikan krisis yang berlaku, kata pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun.

Menurut beliau, lebih 70 peratus pasangan suami-isteri kurang pengetahuan dalam mengendalikan krisis rumah tangga menyebabkan berakhir dengan perceraian.

Beliau berkata, kes-kes penceraian yang berlaku hari ini bukan disebabkan orang ketiga tetapi pasangan suami-isteri yang kurang memainkan peranan masing-masing dalam membina kesejahteraan rumah tangga.

“Kematangan suami isteri dalam menguruskan urusan rumah tangga perlu dititikberatkan bagi mengekalkan kebahagiaan dalam melayari bahtera perkahwinan.

“Seorang wanita yang memiliki ilmu, kredibiliti serta jelas tentang hak dan tanggungjawab masing-masing tidak akan mudah diperdaya dan dizalimi oleh suami dengan sewenangnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program ‘Syariah Ladies Night’ di Fakulti Syariah Undang-undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Advertisements

Sementara itu Pensyarah Kanan FSU USIM, Dr Izawati Wook berkata, para pelajar perlu berusaha memelihara diri daripada perkara yang tidak diingini kerana mereka adalah bakal ibu dan menjadi madrasah pertama kepada anak-anak.

Beliau berkata, mereka perlu memperbanyakkan doa untuk mendapatkan pasangan hidup yang baik serta memperbaiki kekurangan diri sebelum memasuki alam rumah tangga.

“Berdoalah mulai sekarang untuk mendapatkan pasangan yang baik, serta berusaha memelihara diri dari perkara yang tidak diingini kerana kita (wanita) bakal menjadi ibu dan menjadi madrasah pertama kepada anak-anak,” katanya.

Seorang peserta program, Irdina Imirza berkata, program yang dianjurkan itu sangat berilmiah dan membantu beliau menambahkan ilmu pengetahuan sebelum memiliki pasangan hidup.

“Penyampaian ilmu sangat jelas dan mudah difahami serta menarik membuatkan program ini sangat menyeronokkan,” katanya. – Nurul Nadhirah Adnan (Pelajar USIM) / Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kedinamikan bahasa Melayu mengharungi evolusi era digital

Oleh NORLIZA AMIN BAHASA Melayu, sebagai bahasa utama di Malaysia, telah mengalami pelbagai perubahan sejak berabad-abad lamanya. Dari zaman Kesultanan Melayu...

Lagi Artikel Berkaitan