Monday, July 20, 2026

Kerajaan sentiasa tambah baik institusi kehakiman syariah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN akan sentiasa mempertahan serta menambah baik institusi kehakiman syariah di Malaysia.

Demikian ditegaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar kepada para Pegawai Syariah.

Beliau berkata, dalam hal ini, pihaknya sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa agama Islam di peringkat negeri.

“Ini termasuk institusi perundangan dan kehakiman syariah negeri yang terletak secara mutlak di bawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan dan Raja Pemerintah setiap negeri,

“Sehubungan dengan itu, kita semua perlu bersatu hati, “katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu beliau hadir dalam Majlis Makan Malam bersama Persatuan Pegawai-Pegawai Syariah Negeri Terengganu (PPSNT) di Kuala Terengganu, Terengganu.

Ujarnya, Pegawai Syariah adalah tonggak kepada pelaksanaan agenda Membangun Malaysia Madani dan Pelan Transformasi Al-Falah.

“Semua warga institusi kehakiman dan perundangan Syariah juga adalah tonggak kepada usaha-usaha memartabatkan institusi perundangan dan kehakiman Syariah di Malaysia,” katanya. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan