Minda Updated: 21 August 2023 Awasi orang tengah yang jadi perosak negara By Editor Edisi 9 21 August 2023 427 0 Share FacebookTwitterWhatsAppTelegram Mesti Baca Editor Edisi 9Editor Edisi 9 Photo by Alexas_Fotos on Pixabay SEJAK dulu lagi kita mengenali apa yang disebut sebagai orang tengah yang kita kenali sebagai ‘broker’ atau makelar (Indonesia) atau pun middle man. Dalam bahasa yang lebih hebat mungkin, consultants (juruperunding).Orang tengah adalah seseorang atau entiti yang membuat urus niaga antara pihak-pihak yang berbeza, seperti dalam jual beli hartanah, saham, mata wang, atau barang dagangan lain.Orang tengah berfungsi sebagai perantara untuk memudahkan transaksi antara penjual dan pembeli, dan biasanya menerima komisen atau bayaran atas perkhidmatan mereka.Terdapat orang tengah dalam pelbagai bidang ekonomi dan kewangan untuk memudahkan perniagaan dan perdagangan.Dalam tulisan ini, kita khususkan semua jentera yang menyampaikan mesej kerajaan kepada rakyat boleh kita namakan sebagai ‘orang tengah’. Advertisements Golongan ini sangat besar dan terlalu panjang untuk disenaraikan. Pada asasnya, apa-apa cita-cita kerajaan semasa, hendaklah mereka sampaikan kepada rakyat secara jujur.Misalnya konsep Masyarakat Madani. Semua jentera kerajaan mesti terlebih dahulu memahami konsep madani barulah mereka boleh sampaikan kepada rakyat umum.Juga dalam kes memberantas rasuah. Bukan hanya “ikan-ikan jerung” yang perlu disiasat, tetapi juga orang-orang tengah yang mungkin juga mengkhianati rakyat bawahan.Pihak yang menyerahkan projek (biasanya kerajaan) kepada rakyat mestilah memantau apakah projek tersebut berjalan dengan baik, mencapai objektif dan sampai kepada rakyat.Banyak projek yang tersadai kerana tiada susulan (follow-up) daripada pihak atasan, lama-lama projek-projek yang baik menjadi “gajah putih” yang tidak bermanfaat kepada rakyat.Sangat malang, apabila orang-orang tengah termasuk juga mereka yang merosakkan hasrat kerajaan untuk membina negara yang bersih rasuah dan tatakelola yang baik apabila mereka juga terlibat dalam memberikan naratif yang negatif dan memburuk-burukkan kerajaan.Paling baik ialah sebaik saja pilihan raya selesai, semua pihak perlu bergabung tenaga untuk membangun negara bukan berpakat untuk meruntuhkan kerajaan dan membuat politik negara tidak stabil, yang sekaligus meragukan pelabur luar untuk masuk melabur di Malaysia.Semoga orang-orang tengah yang selama ini meraih banyak keuntungan peribadi, dan pada masa yang sama menyebarkan naratif negatif terhadap negara dapat segera insaf dan sama-sama membangun negara menjadi negara “baldatun toyyibatun ghaffur”, sebuah negara yang mendapat keredhaan Allah.Penulis adalah bekas pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Artike ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.Related posts:Lima lelaki jadi 'orang tengah' minta rasuah direman 6 hariUsah pertikai pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40Harga ladang sayuran turun, harga runcit kekal angkara orang tengahPembersihan total: UMNO usah jadi pengecut!Pas menjelang PRU-15: Satu pengenalan Advertisements TagsKolumnisMinda Isbahorang tengah Share FacebookTwitterWhatsAppTelegram Previous articlePenggunaan setem hasil, mesin franking tamat mulai Januari 2024Next articleKerajaan sentiasa tambah baik institusi kehakiman syariah LEAVE A REPLYLog in to leave a comment Terkini BisnesWartawan Edisi 9 - 22 January 2025Hasil Aneka Jaringan rekod peningkatan 35.19 peratus ANEKA Jaringan Holdings Berhad (Aneka Jaringan), pakar pembinaan bawah tanah dan asas, dengan mengumumkan peningkatan hasil sebanyak 35.19 peratus... Bisnes MBOR iktiraf panel solar WHB pada kapal luar pesisir Wartawan Edisi 9 - 22 January 2025 Mesin Taip Buruk Kor Ming dan seekor lalat bernama Akmal Saleh! Editor - 22 January 2025 Bisnes Anwar bertemu pemimpin MNC di Davos, teroka sinergi pelaburan Lukman Ismail - 21 January 2025 Umum JKM sahkan mangsa pukul di Kemaman pemegang kad OKU Wartawan Edisi 9 - 21 January 2025 Lagi Artikel Berkaitan Tips elak jadi mangsa ‘pancingan’ penipuan dalam talian Minda Editor Edisi 9 - 12 February 2024 Ekonomi ‘gig’ dan masa depan ‘giggers’ Minda Editor Edisi 9 - 4 December 2023 Gangguan emosi dan kesannya kepada kesihatan Minda Editor Edisi 9 - 27 November 2023 Zaman ‘edan’ penuh kutukan Minda Editor Edisi 9 - 6 November 2023