27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Mabims sepakat pembangunan bidang halal di negara anggota

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MENTERI-MENTERI Agama Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) sepakat dalam pembangunan bidang halal antara negara anggota.

Susulan itu, satu memorandum persefahaman (MoU) halal MABIMS telah ditandatangani dalam Mesyuarat MABIMS kali ke-20 yang berlangsung di Singapura, semalam.

Mabims menerusi kenyataan bersama berkata, MoU itu ditandatangani antara Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei, Kementerian Agama Indonesia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Ugama Islam Singapura.

“Ia mencerminkan adanya persefahaman dan ikatan yang erat di dalam pembangunan bidang halal di antara negara-negara anggota MABIMS.

“Ini termasuk pertukaran maklumat dan kepakaran dalam bidang pensijilan Halal, serta pertukaran hasil penyelidikan dan kajian aspek syariah, sains dan teknikal,” katanya hari ini.

Advertisements

Malaysia diwakili oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar.

Kenyataan media itu dikeluarkan bersama antara Kementerian Hal Ehwal Ugama, Brunei; Kementerian Agama Indonesia; Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia dan Majlis Ugama Islam Singapura.

Sementara itu, kesemua menteri turut melancarkan satu produk hasil bersama setiap negara anggota MABIMS menerusi buku terbitan bersama Tafsir Ilmi (Ayat- Ayat Kauniyyat).

“Terbitan ini bertemakan penciptaan alam yang menggambarkan kekuasaan, keindahan dan keagungan Allah dari perspektif al-Quran melalui pendekatan Tafsir Ilmi.

“Buku ini bertujuan untuk bacaan umum, sambil mengajak masyarakat untuk mengagungkan al-Quran sebagai sumber petunjuk dan inspirasi kemajuan umat dan peradaban manusia,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan