33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Mohd Na’im beri nasihat kepada Howard Lee

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SELEPAS kontroversi berhubung membuat tafsiran sendiri ayat al-Quran, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How diberikan nasihat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, malam tadi.

Kedua-dua pemimpin tersebut mengadakan sesi pertemuan di Casuarina Kuala Kangsar.

Berkongsi pertemuan terbabit di Facebook, Mohd Na’im berkata, Howard Lee bersetuju dengan nasihat diberikannya supaya lebih berhati-hati dalam mengambil petikan ayat al-Quran agar tidak menimbulkan salah faham terutama di zaman media sosial ini.

Beliau turut menyifatkan pertemuan itu sangat bermakna kerana dapat membina persefahaman.

“Howard Lee hadir mengunjungi saya di Casuarina Kuala Kangsar.

Advertisements

“Terdahulu, saya memberi nasihat kepada Howard Lee Chuan How agar berhati-hati dalam menafsir ayat al-Quran.

“Pertemuan pada malam Isnin itu juga secara tidak langsung membina persefahaman bahawa Islam tetap wajib ditegakkan di Malaysia sebagai agama Persekutuan,”ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd Na’im turut berkongsi beberapa keping gambar bersama Howard Lee dalam pertemuan terbabit.

Sebelum ini, Howard Lee mencetuskan kontroversi apabila membuat tafsiran sendiri terhadap ayat al-Quran hingga menjadi pertikaian ramai pihak. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Ramasamy, Fadhil amal kempen menyesatkan – Puad Zarkashi

PRESIDEN Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P. Ramasamy dan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhil Shaari dianggap mengamalkan kempen...

Lagi Artikel Berkaitan