24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024

Menteri Agama sambut baik penyerahan semula aset Tabung Haji

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JABATAN Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyerahkan semula aset Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).

Menterinya, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, keputusan tersebut setelah mengambil kira keupayaan dan kestabilan kewangan susulan kejayaan Pelan Penstrukturan dan Pemulihan Tabung Haji.

Jelas beliau, Tabung Haji akan memulakan perbincangan secara rasmi bersama Kementerian Kewangan untuk langkah-langkah pentadbiran pengambilan semula asetnya.

Keputusan yang diambil Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan telah membuktikan komitmen tidak berbelah bahagi kerajaan untuk memartabat Tabung Haji selaku institusi berdaya saing serta model pengurusan terbaik yang menghayati nilai-nilai Islam,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Anwar semalam berkata, kerajaan akan menyerahkan semula aset Tabung Haji yang diletakkan di bawah Syarikat Bertujuan Khas (SPV) Kementerian Kewangan.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat selepas Kementerian Kewangan berpuas hati dengan isu pengurusan dan tata kelola yang berbangkit sebelum ini.

Selain katanya, prestasi kewangan Tabung Haji yang terus memulih, khususnya selepas bergelut isu kepincangan sebelum ini.

Mohd. Na’im berkatam Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan terus berusaha bersungguh-sungguh untuk melonjakkan Tabung Haji dengan tadbir urus integriti dan profesional demi menjaga kepentingan umat Islam dan para pendeposit. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Mitsubishi Electric: Paulo Josue selamatkan ‘maruah’

PEMAIN naturalisasi, Paulo Josue menjadi penyelamat maruah skuad Harimau Malaya apabila dua jaringannya di separuh masa kedua berjaya membawa...

Lagi Artikel Berkaitan