Wednesday, July 22, 2026

Ronaldo bantu Al-Nassr hampiri puncak liga

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo muncul wira Al-Nassr apabila jaringan penalti lewat permainannya membantu Al-Nassr menewaskan Al-Tai, 2-1, dalam aksi Liga Pro Saudi, awal pagi tadi.

Ketika kedudukan terikat 1-1 selepas 87 minit, Ronaldo yang ditugaskan mengambil sepakan menyepak masuk ke bahagian bawah kiri gawang ketika penjaga gol merebahkan badan ke arah bertentangan.

Itu merupakan gol ke-10 Ronaldo musim ini yang mana turut mengesahkan kemenangan keenam berturut-turut Al-Nassr.

Tiga mata penuh yang dikutip awal pagi tadi menyaksikan kelab gergasi Arab Saudi itu berada hanya satu mata di belakang pendahulu, Al-Ittihad dan Al-Taawoun selepas tewas dalam dua perlawanan pertama liga.

Ronaldo yang merupakan pemain terbaik Al-Nassr mendahului pemain meraikan kemenangan bersama penyokong dengan tepukan ala Viking selepas wisel penamat ditiupkan.

Sementara itu, kekalahan tersebut menyaksikan Al-Tai turun ke tangga ke-12 selepas lapan perlawanan dengan hanya merekodkan dua kemenangan dan enam kekalahan.

Dalam pada itu, satu lagi kelab gergasi, Al-Ittihad yang membariskan N’Golo Kante gagal mencipta kemenangan selepas dipaksa seri tanpa jaringan dengan Al-Fayha.

Untuk rekod, ini kali kedua kelab berkenaan terlepas tiga mata dalam Liga Pro Saudi susulan ketiadaan Karim Benzema kerana kecederaan.

Bintang Perancis itu menjaringkan gol dalam dua penampilan terakhir namun terlepas dua perlawanan terbaharu susulan kecederaan yang dialaminya.

Al-Nassr akan turun menentang Abha Jumaat depan sementara Al-Ittihad akan melayan kunjungan Al-Ahli pada hari yang sama. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan