23.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

Dua gol penalti Ronaldo bantu Al-Nassr cipta kemenangan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

CRISTIANO Ronaldo menjaringkan dua gol menerusi sepakan penalti ketika membantu Al-Nassr menang 4-0 ke atas Al-Shabab dalam aksi Liga Pro Saudi (SPL), awal pagi tadi.

Ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut Al-Nassr selepas tewas dua perlawanan pertama kempen liga musim ini.

Dalam aksi di Stadium KSU, penyerang kebangsaan Portugal itu tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-12.

Selang beberapa minit kemudian menyaksikan pengadil membatalkan jaringan pemain berusia 38 tahun itu kerana didakwa menolak pemain lawan sebelum menanduk masuk bola ke gawang pelawat.

Ronaldo meledak gol kedua peribadinya pada minit ke-38, juga menerusi sepakan penalti yang menewaskan penjaga gol, Kim Seung-gyu.

Advertisements

Tidak cukup dengan itu, Ronaldo pula hadir membantu melorongkan bola kepada Sadio Mane untuk menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-40.

Pertahanan, Sultan Al-Ghannam melengkapkan kemenangan besar Al-Nassr pada minit ke-80, sekaligus memastikan kelab itu melonjak ke tangga keenam SPL.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi SPL awal pagi tadi menyaksikan Al-Ahli mencatatkan kemenangan selesa 2-0 ke atas Al-Ta’ee.

Gol-gol Al-Ahli dijaringkan oleh pemain kebangsaan Algeria, Riyad Mahrez pada minit ke-39 dan jaringan pemain tengah Ivory Coast, Frank Kessie (59′). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan