27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

PM sampaikan amanat khas Hari Kebangsaan petang ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan satu amanat khas bersempena sambutan Hari Kebangsaan yang akan disambut esok.

Menurut Facebook rasmi Perdana Menteri, amanat tersebut akan disampaikan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada pukul 2 petang ini.

Katanya, siaran langsung amanat itu juga akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan juga di akaun Facebook rasmi beliau.

“Saya akan menyampaikan amanat penting bersempena hari kemerdekaan pada hari Rabu ini.

Advertisements

“Saya jemput teman-teman untuk ikuti, Insya-Allah,” katanya yang akan menyampaikan amanat Hari Kebangsaan pertama kali sejak menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.

Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) bagi tahun ini adalah ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ sementara logo Malaysia Madani dipilih sebagai logo rasmi sambutan.

Putrajaya dipilih menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini selepas kali terakhir menganjurkannya pada 20 tahun lalu.

Lebih 19,000 peserta terlibat dalam acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2023 dan dijangka lebih 100,000 pengunjung akan hadir menyaksikan perarakan tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan