27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Tun M disiasat hina institusi diraja

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad disiasat pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kenyataan yang berunsur penghinaan terhadap institusi diraja.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihaknya telah merakam keterangan Dr. Mahathir, semalam.

Katanya, turut diambil keterangan adalah Ketua Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Datuk Marzuki Yahya.

“PDRM mengesahkan telah menjalankan siasatan terhadap Dr. Mahathir yang telah membuat kenyataan berkecenderungan menghasut bagi mendatangkan penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap insitusi diraja.

Advertisements

“Kes disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya menerusi kenyataan, malam tadi.

Mohd. Shuhaily bagaimanapun memaklumkan, kes tersebut masih berada di peringkat siasatan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau berkongsi maklumat yang salah sehingga mengganggu proses siasatan.

“PDRM menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah serta elakkan daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan terutamanya melibatkan isu 3R,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kardinal lancar koleksi vape edisi Lumina kurang nikotin

JENAMA rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina. Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang...

Lagi Artikel Berkaitan