30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Pemilik akaun Facebook disiasat hina Sultan Selangor

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap seorang pemilik akaun Facebook, ‘Iman Mustaqim’ kerana disyaki melakukan hantaran berhubung penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, hantaran tersebut dilakukan menerusi akaun Facebook individu tersebut pada 28 Ogos lalu.

“Pemilik akaun telah memuat naik hantaran berkecenderungan menghasut bagi mendatangkan penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Sultan Selangor melalui hantaran Facebooknya.

“Kes disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya menerusi kenyataan, malam tadi.

Advertisements

Mohd. Shuhaily bagaimanapun memaklumkan, kes tersebut masih berada di peringkat siasatan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau berkongsi maklumat yang salah sehingga mengganggu proses siasatan.

“Orang ramai digesa menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah serta elakkan daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan terutamanya melibatkan isu 3R,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kardinal lancar koleksi vape edisi Lumina kurang nikotin

JENAMA rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina. Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang...

Lagi Artikel Berkaitan