30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Aset rizab Malaysia berjumlah RM524 bilion pada akhir Jun

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ASET rizab antarabangsa Malaysia berjumlah RM524 bilion setakat akhir Julai 2023 manakala aset mata wang asing lain berjumlah RM7.89 juta.

Bank Negara (BNM) berkata, mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab serta aset mata wang asing lain.

Ia turut memberi panduan mengenai jangkaan dan prospek aliran masuk dan keluar pertukaran asing bagi kerajaan Persekutuan dan BNM untuk tempoh 12 bulan akan datang, menurut bank pusat itu.

“Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti, deposit mata wang asing termasuk pembayaran balik berjadual peminjaman luar negera oleh Kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank dalam mata wang asing BNM berjumlah RM72.56 bilion.

“Kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak RM112.74 bilion pada akhir Julai, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

BNM berkata, seiring dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek.

Katanya, unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah RM11 bilion untuk tempoh 12 bulan akan datang, satu-satunya saluran keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan kerajaan bagi hutang luar negara dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah RM1.71 bilion.

“Rizab antarabangsa Malaysia tidak mempunyai sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen serta tidak mempunyai kemudahan kredit tanpa syarat yang belum digunakan yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, serta bank dan institusi kewangan lain.

“BNM juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit,” katanya. – BERNAMA 

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan