27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Wanita UMNO desak Bank Negara beri jaminan tiada lagi kenaikan OPR

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

WANITA UMNO mendesak Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) memberi jaminan bahawa tiada lagi kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dalam masa terdekat.

Ketua Penerangannya, Datuk Rosni Zahari berkata, ini perlu dengan mengambil kira nasib rakyat yang sedang bergelut dengan situasi ekonomi sangat mencabar.

Dalam masa sama, beliau turut meminta memberi penjelasan yang lebih jelas kepada rakyat berhubung kenaikan OPR sehingga tiga peratus.

“Sehingga hari ini BNM hanya memberikan penjelasan yang terlalu teknikal dan kurang difahami sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan.

“Kesan kenaikan OPR secara agresif, yang merupakan kali kelima sejak Mei 2022 ini telah menyebabkan kadar bayaran balik pinjaman meningkat secara drastik dan amat membebankan peminjam terutama golongan B40.

Advertisements

“Justeru Wanita UMNO mendesak BNM agar memberi jaminan bahawa tiada lagi kenaikan OPR dalam masa terdekat dengan mengambil kira nasib rakyat yang sedang bergelut dengan situasi ekonomi yang sangat mencabar,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Tambah Rosni, Wanita UMNO juga mencadangkan agar BNM mengambil jalan tengah dan mempunyai sedikit empati dengan mengarahkan semua bank memberi penggecualian kenaikan kepada golongan sasar atau terjejas.

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada Rabu mengumumkan kadar dasar semalaman (OPR) meningkat 25 mata kepada 3 peratus.

Dalam satu kenyataan, bank pusat berkenaan menyatakan kenaikan ini akan menyebabkan kadar siling dan lantai OPR masing-masing kini meningkatkan kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kempen dengan idea, hujah bukan hina pihak lawan – Akmal

KETUA Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh mahukan agar para pemimpin dan penyokong Perikatan Nasional (PN) berkempen secara sihat dan...

Lagi Artikel Berkaitan