26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$114.4 bilion

Mesti Baca

Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) kini berjumlah AS$114.4 billion (RM509.02 bilion).

BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata, mengenai jumlah rizab antrabangsa berkenaan yang mampu membiayai import barangan dan perkhidmatan negara.

Jumlah tersebut setakat pada 28 April 2023.

“Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.1 bulan import barangan dan 

perkhidmatan, dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek,” kata kenyataan itu.

Menurut BNM  di bawah ukuran liputan import terdahulu, paras rizab memadai untuk membiayai 6.3 bulan import barangan tertangguh.

BNM berkata, komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$101.9 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion).

Selain itu, Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$5.8 bilion), emas (AS$2.5 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.8 bilion). – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan