30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Cristiano Jnr setuju sertai bapa di Al-Nassr

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ANAK sulung Cristiano Ronaldo, Cristiano Jnr melengkapkan perpindahan ke kelab diwakili bapanya, Al-Nassr dan akan diserapkan dalam pasukan remaja kelab yang berpangkalan di Riyadh, Arab Saudi itu.

Cristiano Jnr, 13, yang memasang impian mengikut jejak langkah bapanya itu sebelum ini menyertai beberapa akademi terkemuka di Eropah seperti Real Madrid, Juventus dan Manchester United.

Menurut wartawan sukan antarabangsa, Fabrizio Romano, Cristiano Jnr akan menyertai skuad bawah 13 tahun (B-13) Al-Nassr sebelum diserap ke level yang lebih tinggi.

Untuk rekod, Ronaldo dan keluarganya berhijrah ke Asia Barat pada Januari lalu selepas kontraknya bersama United ditamatkan.

Dalam pada itu, Cristiano Jnr mempunyai rekod yang baik dalam karier dalam pasukan remaja apabila meledak 25 gol dalam lapan perlawanan ketika bersama Juventus.

Advertisements

Anak sulung Ronaldo itu juga bakal menyarung jersi keramat nombor tujuh, sama seperti yang dikenakan bapanya ketika ini.

“Anak saya beritahu saya supaya tunggu (terus beraksi) dalam beberapa tahun lagi kerana dia mahu bermain bersama saya (dalam satu pasukan),” kata Ronaldo tahun lalu.

Bagaimanapun, impian pemain muda itu untuk beraksi bersama bapanya tampak samar apabila Ronaldo bakal mencecah usia 39 tahun pada Februari depan.

Cristiano Jnr merupakan anak sulung daripada adik-beradik dengan identiti ibu kandungnya tidak pernah didedahkan kepada umum. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Raja Permaisuri santuni keluarga mangsa nahas helikopter

RAJA Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat melawat keluarga Pegawai Taktikal Udara Skuadron 503, Allahyarham Lefternan Komander Mohammad...

Lagi Artikel Berkaitan