31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

129 motosikal ditunggang warga asing disita JPJ Pahang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 129 buah motosikal yang ditunggang warga asing disita dalam Ops Khas Motosikal 2023 yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pahang setakat semalam.

Operasi Khas Motosikal Tahun 2023 telah diadakan di seluruh Malaysia bermula 1 September hingga 30 September 2023.

Pengarah JPJ, Kamarul Iskandar Nordin berkata, sepanjang tempoh ops dijalankan sehingga 29 September 2023, sejumlah 29,501 buah motosikal telah diperiksa, 4,300 buah telah diambil tindakan dan 363 darinya telah disita.

“Sebanyak 8,582 saman juga telah dikeluarkan dalam ops berkenaan.

“Kesalahan yang paling banyak dikesan ialah melibatkan tiada lesen memandu iaitu 2,880 kes, diikuti dengan lesen kenderaan motor tamat tempoh 1,990 kes.

“Manakala kesalahan, tiada perlindungan unsuran sebanyak 1,770 kes selain kesalahan teknikal 1,722 kes turut dikesan.

“Dari 362 buah motosikal yang disita 129 darinya adalah yang ditunggang oleh penunggang warga asing (PeWA) yang tidak memiliki lesen memandu,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Katanya, JPJ Negeri Pahang juga telah menggerakkan seramai 252 anggota dengan menekankan kepada aktiviti advokasi dan penguatkuasaan.

Beliau berkata, strategi penguatkuasaan kali ini memberi tumpuan utama kepada pengendali motosikal bertujuan memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap kelakuan pengendali atau pemilik motosikal yang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah – Kaedah di bawahnya.

“Mengikut data statistik yang direkodkan dari bulan Januari hingga Jun 2023, kes kematian akibat kemalangan jalan raya adalah sebanyak 3,313 dengan 1,889 daripadanya adalah melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

“Tren kemalangan dan kematian akibat kemalangan motosikal yang tinggi dipandang serius jabatan ini.

“Justeru menjadi fokus utama keselamatan jalan raya di bawah Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (PKJRM) 2023 ialah mengurangkan kadar kemalangan dan kematian melibatkan motosikal,”katanya.

Ujar beliau, orang ramai dinasihatkan agar memandu dengan berhemah dan bertanggungjawab demi keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.

Operasi Penutup Ops Khas Motosikal Tahun 2023 berkenaan dilakukan di Jalan Bypass Semambu secara statik 3 jam bermula 5 petang dengan kekuatan 31 pegawai dan anggota. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan