26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 1,383 orang

Mesti Baca

JUMLAH mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah berkurangan kepada 1,383 orang daripada 420 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 1,550 orang daripada 468 keluarga, 8 malam tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA), Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, kesemua mangsa itu ditempatkan di 12 PPS di empat daerah terjejas iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Baling.

Menurutnya, daerah Kota Setar mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 671 mangsa daripada 236 keluarga yang ditempatkan di lima PPS, diikuti Baling dengan 458 mangsa daripada 127 keluarga yang dipindahkan ke empat PPS.

“Daerah Kubang Pasu pula mencatatkan 53 mangsa daripada sembilan keluarga yang masih berada di sebuah PPS, manakala di Pokok Sena terdapat 201 mangsa daripada 48 keluarga ditempatkan di dua PPS,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Advertisements

Muhammad Suhaimi berkata, keadaan cuaca yang semakin baik dan air banjir yang telah surut di beberapa kawasan membolehkan mangsa pulang ke rumah masing-masing.

Sementara itu, laman web Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan hanya Sungai Anak Bukit di Taman Aman mencatatkan paras bahaya dengan bacaan 2.93 meter.

Sungai-sungai lain yang sebelum ini melepasi paras bahaya kini telah mencatat bacaan paras amaran antaranya Sungai Padang Terap di Kepala Batas dan Sungai Pendang di Pekan Pendang. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan