26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

Malaysia belum sedia capai status negara tua

Mesti Baca

MALAYSIA masih belum bersedia mencapai status negara tua menjelang pada 2030 berikutan belum memiliki pelbagai kemudahan dan sistem sokongan bersesuaian.

Bekas Senator, Datuk Ras Adiba Radzi, berkata Malaysia perlu mempunyai sistem sokongan yang kukuh buat warga emas seperti di luar negara sebagai persediaan mencapai status negara tua.

“Negara kita sememangnya masih belum bersedia untuk 2030. Jadi, sekarang ini, kita semua termasuk badan bukan kerajaan (NGO), syarikat korporat dan pelbagai pihak perlu menggembleng tenaga untuk membuka tempat bagi golongan warga emas Muslim dan bukan Muslim.

“Sebenarnya, saya berharap supaya Malaysia mempunyai sistem sokongan seperti di luar negara. Ada yang datang tiap-tiap hari ke rumah.

“Saya juga berharap kerajaan boleh mempertimbangkan memberi ‘personal assistant’ kepada orang ramai bagi membantu warga emas setiap hari kerana bukan semua orang nak hantar ibu bapa ke rumah warga emas.

“Ahli keluarga kebanyakannya mahu menjaga ibu bapa tetapi tidak berkelapangan dan tidak tahu bagaimana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Festival Warga Emas, di sebuah pusat beli belah, di sini, hari ini.

Advertisements

Festival anjuran sebuah kelab sosial warga emas, Amazing Seniors itu diadakan selama tiga hari bermula hari ini, sempena Hari Warga Emas Antarabangsa yang disambut pada setiap 1 Oktober.

Pada festival itu pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuklah ceramah, pemeriksaan kesihatan dan jualan produk kesihatan.

Pada majlis itu Ras Adiba menerima Anugerah Inspirasi Sepanjang Hayat 2023.

Selain Ras Adiba, turut mendapat pengiktirafan ialah Datuk Mohd Nor Khalid (Datuk Lat), Datuk Khadijah Ibrahim, Ivy Josiah dan Datin Paduka Sister Enda.

Anugerah itu bagi mengiktiraf individu warga emas yang cemerlang dan banyak memberi sumbangan dalam bidang masing-masing.

Dalam pada itu, Ras Adiba berkata, pelbagai pihak perlu berusaha bersama-sama untuk memberi pengajaran seperti membuat kelas istimewa bagi ahli keluarga untuk menjaga ibu bapa.

“Ia akan menjadi satu sistem sokongan yang baik,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelan Tindakan Industri Penjagaan dijangka siap Julai – KPWKM

PELAN Industri Penjagaan di Malaysia yang dirangka sebagai pemacu perubahan untuk merancakkan ekonomi melalui industri penjagaan dijangka siap Julai...

Lagi Artikel Berkaitan