30.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

JPJ buka bidaan NPI ‘GOLD’ sempena Hari Wilayah

Mesti Baca

KEMENTERIAN Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka penawaran nombor pendaftaran istimewa (NPI) siri GOLD sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan Ke-50 tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, bidaan nombor dengan siri GOLD itu akan dibuka kepada orang ramai bermula pukul 12 tengah hari 1 Februari 2024 sehingga 10 pagi 5 Februari 2024.

Beliau berkata, bidaan boleh dibuat menerusi Sistem JPJeBid dengan harga minimum yang ditetapkan iaitu RM20,000 bagi kategori Nombor Bernilai Utama, RM3,000 (Nombor Menarik), RM800 (Nombor Popular) serta RM300 bagi Nombor Biasa.

Katanya, keputusan bidaan akan diumum dalam tempoh 24 jam selepas bidaan ditutup iaitu pada 6 Februari dan kaedah penawaran secara bidaan tersebut tertakluk kepada terma dan
syarat sedia ada yang telah ditetapkan.

Advertisements

“Penawaran NPI siri GOLD ini merupakan usaha MOT untuk merealisasikan hasrat kerajaan dengan melaksanakan inisiatifinisiatif di bawah lementerian seperti bantuan lesen memandu, bantuan topi keledar dan subsidi FlySISWA,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siew Fook berkata, mana-mana nombor pendaftaran yang berjaya dibida mestilah didaftarkan
pada sebuah kenderaan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat keputusan bidaan rasmi dikeluarkan.

“Orang awam dialu-alukan untuk menyokong hasrat kerajaan seperti mana inisiatif yang telah dimaklumkan dengan menyertai bidaan NPI melalui Sistem JPJeBid.

“Penawaran melalui Sistem JPJeBid ini juga merupakan usaha MOT dan JPJ dalam merealisasikan penyampaian perkhidmatan pendigitalan sepenuhnya,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tak dapat cukup pendidikan?

Oleh DR ABD RAZAK ZAKARIA LAPORAN Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran dan pendidikan di Malaysia baru-baru ini sedikit memberi kesan...

Lagi Artikel Berkaitan