25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Najib dapat pengampunan? Tunggu kenyataan rasmi

Mesti Baca

ORANG ramai tidak sabar menunggu kenyataan rasmi oleh Lembaga Pengampunan berhubung kedudukan Datuk Seri Najib Tun Razak sama ada mendapat pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong atau sebaliknya.

Ini susulan lembaga tersebut dikatakan mengadakan mesyuarat semalam, yang dipengerusikan oleh Seri Paduka Baginda, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang difahamkan antaranya berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa yang ditanya media perkara itu hanya memaklumkan bahawa satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan.

“Tunggu kenyataan rasmi daripada Lembaga Pengampunan.

“Ia (mesyuarat) diadakan semalam di Istana Negara. Ya (saya menghadiri mesyuarat itu),” katanya kepada media selepas melancarkan Draf Rancangan Tempatan Kuala Lumpur 2040 hari ini.

Kata Zaliha, mesyuarat itu diadakan di Istana Negara tetapi tidak memaklumkan bila kenyataan rasmi itu akan dikeluarkan.

Sementara itu, seorang pegawai kanan kepada Perdana Menteri Keenam itu ketika dihubungi Edisi 9 enggan mengesahkan perkara tersebut.

Advertisements

“Tak ada official lagi,” katanya ringkas.

Semalam, Utusan Malaysia yang memetik kenyataan satu sumber melaporkan bahawa Najib mendapat pengampunan oleh Lembaga Pengampunan.

Najib sebelum ini menghadapi hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta setelah Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Bekas Perdana Menteri itu mula menjalani hukuman penjara pada Ogos 2022.

Selain itu, beliau juga sedang dibicarakan untuk pertuduhan lain berkaitan skandal 1MDB.

Media tempatan sebelum ini memetik kenyataan seorang ahli kanan dalaman kalangan orang kepercayaan Najib berkata, terdapat ‘suasana positif’ mengenai petisyen pengampunan itu sekiranya permohonan itu didengar dalam mesyuarat bulan ini.

Bulan lalu, peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pasukannya akan menulis surat ke Putrajaya untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai permohonan Najib untuk pengampunan diraja, yang difailkan hampir 10 bulan lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan