33.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

DBKK catat jumlah tunggakan cukai lebih RM75 juta

Mesti Baca

DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mencatatkan lebih RM75 juta jumlah tunggakan cukai setakat hari ini.

Mayor DBKK, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, jumlah itu termasuk cukai kadaran RM54.3 juta, faedah RM19.21 juta, manakala bayaran notis sebanyak RM2.16 juta.

“Untuk menggalakkan pembayaran tunggakan cukai, sebanyak 75 peratus (untuk suku tahun pertama sahaja) diskaun bagi bayaran faedah serta notis pemberitahuan akan diberikan dengan syarat pembayaran cukai tunggakan dibayar sekali gus,” katanya dalam satu kenyataan.

Sabin berkata, rebat sebanyak lima peratus terhadap cukai tahun semasa pula diberikan sekiranya pembayar cukai kadaran tahun semasa dibayar sekali gus pada atau sebelum 31 Mac ini.

Advertisements

Katanya, tahun lalu, DBKK telah memfailkan 11 notis tuntutan cukai berjumlah RM30,485.73 serta tujuh kes saman untuk tindakan perintah pelaksanaan berjumlah RM64,518.24.

Dalam tahun yang sama, sebanyak 68 kes difailkan di mahkamah bagi kes pada tahun-tahun lalu berjaya diselesaikan dengan jumlah kutipan sebanyak RM634,051.52.

“DBKK menggalakkan semua pembayar menjelaskan cukai kadaran masing-masing untuk mengelakkan pengenaan faedah serta tindakan undang-undang,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

49 pelajar tempatan, antarabangsa sertai program anak angkat

EMPAT buah kampung di Mukim Belanja, Parit di Perak baru-baru ini menerima 49 anak angkat terdiri daripada mahasiswa tempatan...

Lagi Artikel Berkaitan