33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Saksi ‘bisu’ penderaan seksual kanak-kanak akan didakwa

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN bakal menguatkuasakan Seksyen 19 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 di mana saksi ‘bisu’ penderaan seksual kanak-kanak bakal didakwa di mahkamah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman dan pihak mahkamah esok untuk perbincangan lebih lanjut.

“Saya akan bermesyuarat dengan D11 dan pihak mahkamah bagi membincangkan mengenai beberapa seksyen di bawa akta berkenaan yang masih belum digunapakai.

“Jiran-jiran, guru, ahli keluarga yang tahu mengenai aktiviti penderaan kanak-kanak tetapi masih gagal melaporkannya, mereka akan dikenakan tindakan kerana menyorokkan maklumat.

“Ini sesuatu yang kita mahu lihat secara agresif kerana jika mereka tahu tetapi masih berdiam diri, pelaku akan ambil kesempatan (melakukannya lagi),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan pelancaran eKlinik Guaman 6G di Putrajaya, hari ini.

Advertisements

Sistem eKlinik Guaman 6G membolehkan mana-mana organisasi memohon untuk mengadakan Klinik Guaman dan Program Literasi Undang-Undang Jabatan Bantuan Guaman (JBG) di lokasi terpilih.

Ia boleh diakses secara dalam talian bagi memudahkan pemohon mengemukakan permohonan dan mengetahui statas permohonan melalui gungsi semakan dalam sistem tersebut.

Azalina berkata, dengan cara itu secara tidak langsung dapat melindungi kanak-kanak daripada menjadi mangsa penderaan seksual.

Jelasnya lagi, sehingga kini tiada sebarang individu yang didakwa di bawah seksyen berkenaan.

“Inilah merupakan jalan bagi menyediakan perlindungan menyeluruh kepada mangsa, kerana adakalanya pelaku adalah daripada ahli keluarga sendiri,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan