29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Henti label ahli Parlimen ‘zionis, kafir dan yahudi’ – Speaker

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

YANG Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menegur ahli Parlimen di Dewan Rakyat supaya tidak melabel ahli yang lain dengan panggilan zionis, kafir mahupun yahudi.

Bbeliau berkata, tindakan mengeluarkan kenyataan tersebut akan mengeruhkan suasana dan menyentuh sensitiviti keharmonian di dalam dewan.

Oleh itu, katanya, beliau tidak akan berkompromi terhadap mana-mana ahli Parlimen yang ingkar dan akan mengambil tindakan jika isu tersebut dibangkitkan semula.

“Dalam perbahasan, pelbagai hujah dan pendirian yang telah diutarakan yang mendorong ke arah perkara-perkara sensitif yang mengguris hati.

Advertisements

“Kenyataan-kenyataan yang mengeruhkan suasana dan menyentuh sensitif, keharmonian bersifat label-melabel antara kita. Ini termasuk kenyataan kafir, zionis dan yahudi antara ahli-ahli Yang Berhormat,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Johari berkata, semua ahli Parlimen perlu membuka buku baharu dan melupakan isu panas yang dibangkit pada minggu lalu.

“Hari ini, saya mengajak ahli Yang Berhormat membuka lembaran baharu. Padamkanlah isu panas yang berlaku pada minggu lalu.

“Biarkanlah perbahasan ahli Yang Berhormat berlandaskan isu demi membela nasib rakyat di luar sana,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri adakan lawatan negara pertama ke Singapura

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan m Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Singapura pada hari...

Lagi Artikel Berkaitan