27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Penyatuan kunci kekuatan parti – Ahmad Zahid

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENYATUAN adalah kunci kekuatan, itu mesej penting yang saya sampaikan kepada akar umbi, kata Presiden UMNO, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, semangat kekitaan dan sepasukan merupakan ramuan penting untuk kita perhebatkan UMNO agar kembali kuat dan dapat menarik keyakinan rakyat.

“Saya turut menegaskan bahawa UMNO akan terus menjadi parti yang mempertahankan falsafah perjuangan demi agama, bangsa dan tanahair.

“Ianya diterjemahkan di dalam inisiatif-inisiatif kerajaan yang sedang dilaksanakan antaranya mewujudkan Pra Tahfiz Kemas, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Tahfiz dan TVET Wanita adalah hasil cetusan idea UMNO untuk memperkasa pendidikan Islam dan membantu perkembangan ekonomi dan kerjaya wanita.

“Terkini, Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 yang saya pengerusikan akan menjadi medan untuk kita sama-sama berdiskusi demi mengangkat martabat ekonomi Bumiputera,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau di sini.

Katanya, moga usaha dan ikhtiar ini dapat disampaikan ke peringkat akar umbi sebagai satu menifestasi iltizam dan komitmen UMNO untuk memperkasa agenda Melayu.

Semalam beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri hadir Jelajah Akar Umbi Presiden UMNO di bahagian Jelebu dan Jempol di Negeri Sembilan.

Advertisements
Ahmad Zahid hadir Jelajah Akar Umbi Presiden UMNO di bahagian Jelebu dan Jempol di Negeri Sembilan, semalam.

Sementara itu, dalam hantaran berasingan, Ahmad Zahid berkata, Jelajah Akar Umbi Presiden UMNO merupakan satu manifestasi kesungguhan, komitmen dan iltizam beliau untuk bertemu akar umbi di dalam menzahirkan rasa kasih dan tanggungjawab kepada perjuangan.

“Suntikan motivasi dan tiupan semangat untuk membangkitkan roh perjuangan UMNO perlu istiqomah di dalam kita melahirkan generasi yang bukan sahaja memahami aspirasi perjuangan UMNO malah mampu menterjemahkannya di dalam bentuk tindakan untuk bersama kepimpinan memperkuatkan parti,”katanya.

Beliau turut berpandangan jika disatukan pemikiran, disatukan tindakan dan disatukan hati, ukhwah sesama ahli diperkukuhkan.

“Malahan rangkaian yang lebih meluas dapat diwujudkan untuk menarik lebih sokongan.

“Terima kasih kepada pucuk pimpinan UMNO Negeri Sembilan dan khusus buat UMNO bahagian Jelebu atas kebersamaan di dalam menjayakan jelajah pada hari ini,”katanya.

Ujar beliau, semoga UMNO terus semarak dengan semangat kesatuan di dalam menempuhi kedinamikan cabaran politik mendatang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kardinal lancar koleksi vape edisi Lumina kurang nikotin

JENAMA rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina. Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang...

Lagi Artikel Berkaitan