32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

2,626 kes penipuan direkodkan di Johor

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 2,626 kes penipuan direkodkan di Johor, dengan kerugian berjumlah RM166.3 juta dalam tempoh sembilan bulan bermula Januari lepas.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, angka itu sekaligus menunjukkan kes penipuan adalah jenayah komersil terbesar di Johor sehingga September 2023.

“Antara kes-kes penipuan seperti pinjaman dan pelaburan tidak wujud, phone scam, tawaran kerja, belian online dan menyamar sebagai kenalan.

“Semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Johor Bil. 2 (JKKN) Tahun 2023, saya telah menegaskan perlunya penyelesaian dan langkah tuntas diambil bagi menangani isu penipuan yang semakin berleluasa,”katanya menerusi hantaran di Facebook di sini.

Berikutan itu, katanya, beliau menyeru seluruh Bangsa Johor, agar lebih berhati-hati dengan jenayah penipuan ini, dan saling mengingatkan sesama kita agar tidak mudah dimanipulasi.

Advertisements

Selain itu, Onn Hafiz berkata, Kerajaan Negeri turut yakin dengan kredibiliti dan langkah-langkah yang telah disusun oleh agensi-agensi keselamatan, dalam memastikan keamanan dan sebarang ancaman daripada darat, laut dan udara Johor sentiasa terkawal.

“Semoga Agenda Johor Selamat akan dapat diselaraskan kepada semua agensi keselamatan, agar hasrat menjadi sebuah negeri maju menjelang 2030 tercapai. Insya-Allah,”ujar beliau.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), Dato’ Mohd. Noh Ibrahim; Panglima 7 Briged, Brig. Jeneral Mohamad Suria Mohamad Saad; Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor, Dato’ Mohd Rusdi Mohd Darus.

Selain itu, hadir sama, Timbalan Ketua Polis Johor, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), DCP M Kumar A/L S Muthuvelu; Ketua Cawangan Khas, Cawangan Khas, PDRM, SAC Nor Azizi Maarof; Pengarah, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Jamaludin Haji A. Hamid; Pengarah Maritim Negeri, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria dan Pengarah Laut, Jabatan Laut Wilayah Selatan, Dickson Dollah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan