29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Giant USJ dibuka semula dengan penampilan baharu

Mesti Baca

TERUS mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia produk runcit utama, Giant Malaysia membuka semula pasar raya besarnya di USJ, Subang Jaya dengan penampilan baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif Giant Malaysia, Tiger Cheah, berkata Giant USJ adalah cawangan baharu kumpulan bertujuan memenuhi keperluan asas untuk hasil segar dan barangan runcit.

Beliau berkata, Giant USJ yang baharu itu juga adalah lambang pasar basah moden, yang mencampurkan kemudahan kontemporari dan infrastruktur dengan nilai tradisional untuk menyediakan yang terbaik kepada penduduk sekitar.

“Dengan komitmen Giant terhadap pelbagai pilihan, nilai hebat, dan harga rendah setiap hari, kami telah mengembalikan semula sentimen pasar raya tradisional.

“Ini mengambil inspirasi dari keperluan serta kecenderungan yang berkembang di kalangan pelanggan untuk mencipta ruang yang meningkatkan keselesaan pelanggan dan pengalaman membeli mereka secara keseluruhan,” katanya dalam satu kenyataan.

Giant USJ mengekalkan prinsip utama untuk menyediakan pelbagai pilihan, nilai hebat dan harga rendah setiap hari, pengalaman yang direka untuk memenuhi setiap keperluan pelanggan.

Cheah berkata, ciri utama Giant USJ adalah kesegaran yang tiada tandingan hasil jalinan kerjasama dengan petani tempatan dan pembekal untuk memastikan sayur-sayuran, daging dan makanan laut mematuhi standard kesegaran yang tinggi.

Beliau berkata, terdapat juga pembungkusan dalam kuantiti besar bagi daging, makanan laut, dan produk beku yang sesuai untuk perniagaan.

Advertisements

Selain itu, Giant sentiasa memberikan nilai terbaik kerana memahami kepentingan untuk mendapatkan yang terbaik dari kewangan yang diperoleh orang ramai.

Oleh itu, Giant USJ menawarkan harga yang kompetitif dan promosi istimewa untuk memastikan pelanggan menerima nilai terbaik bagi pembelian.

“Giant USJ ada pelbagai barangan harian, sudut khas, bahagian pemborong, pilihan tempat makan serta ruang ‘harga gempak’.

“Ruang ‘harga gempak’ ini memberikan tawaran terbaik dari kasut dan pakaian untuk semua peringkat umur, buku cerita kanak-kanak dan alat tulis, hingga perabot rumah dan peralatan dapur dan juga basikal. Semuanya dengan potongan harga besar setiap hari,” katanya.

Giant Malaysia mempelawa semua orang untuk menyertai sambutan pembukaan besar-besaran Giant USJ.

Bermula dari 20 hingga 29 Oktober ini, terdapat banyak tawaran satu hari dan tiga hari yang hebat bermula serendah 10 sen.

Pelanggan boleh mengikuti platform sosial Giant untuk mendapatkan kemas kini promosi terkini. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan