27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

PLKN 3.0: Beri keutamaan kepada bekas jurulatih

Mesti Baca

BEKAS jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu diberikan keutamaan untuk diserap semula dalam pasukan kejurulatihan program itu.

Presiden CUEPACS, Datuk Dr Adnan Mat, berkata ini bagi memastikan program yang bakal dilaksanakan semula itu, selepas dihentikan pada 2018, dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

“Langkah ini juga dapat membantu kerajaan menjimatkan kos untuk memberi latihan semula kepada jurulatih kerana pengalaman terdahulu mereka ini dapat dimanfaatkan semula dengan acuan modul terkini,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, katanya pengambilan semula bekas jurulatih itu dapat membantu meringankan beban kewangan segelintir daripada mereka, khususnya yang membuat pinjaman dengan institusi kewangan semasa bertugas dahulu.

Advertisements

Dalam pada itu, Adnan berkata CUEPACS menyambut baik keputusan kerajaan untuk melaksanakan semula PLKN dan yakin pendekatan lebih berfokus mampu membentuk belia yang mempunyai jati diri unggul.

“Pelaksanaan semula program ini dengan beberapa penambahbaikan yang boleh menjimatkan perbelanjaan kerajaan juga amat dipuji dan selari dengan penekanan tatakelola dan urus tadbir yang baik seperti ditekankan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Terdahulu, 9 Oktober lalu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu Dewan Rakyat kerajaan akan meneruskan PLKN 3.0 dengan kaedah latihan yang berbeza termasuk memerlukan anak muda menjalani latihan di kem tentera. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan