27.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Maritim Malaysia Perak rampas 31 set bubu naga

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 31 set bubu naga (bubu kambang) dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di sekitar 1.1 batu nautika timur laut Pulau Talang, Perak kira-kira pukul 5.05 petang, semalam.

Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Mohd. Hambali Ya’akup berkata, bubu itu dikesan menerusi pelampung berwarna putih yang diikat pada pancang kayu yang mencurigakan di permukaan air di kawasan tersebut.

Katanya, tinjauan mendapati pelampung yang diikat pada pancang kayu itu merupakan penanda lokasi bubu naga yang dipasang oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

“Kesemua bubu naga itu dirampas dan dibawa ke jeti perikanan Kampung Acheh sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Advertisements

“Pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Mohd. Hambali berkata, penggunaan bubu naga boleh mengakibatkan anak-anak ikan dan udang mudah untuk masuk ke perangkap jaring terbabit dan menjejaskan biodiversiti marin serta mengakibatkan hasil laut semakin berkurangan.

Oleh itu katanya, pemantauan dan risikan akan terus dijalankan dari semasa ke semasa bagi mengekang aktiviti penangkapan ikan menggunakan kaedah bubu naga daripada terus berleluasa.

“Orang ramai terutamanya komuniti maritim diseru agar terus berkongsi maklumat jika terlihat sebarang pelanggaran undang-undang di laut sebagai mata dan telinga pihak berkuasa,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan