33.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Yuna pecah tradisi, adakan konsert ‘Asia tour’ di Borneo

Mesti Baca

MELALUI antusias yang sangat tebal meski datang dari sebuah negara ‘kecil’, pemuzik wanita dengan nama Yunalis Zarai ini sedikit pun tidak gentar membawa karya dan menambah ilmu di benua lain di dunia.

Selepas beberapa tahun ternyata hasil yang dituai manis sekali. Yunalis atau dikenali dengan nama pentas Yuna bukan sahaja menembusi pasaran lewat kolaborasi bersama figura-figura tersohor seperti Usher dan Jay Park, namun yang penting bagaimana karya miliknya diterima baik oleh pendengar di seluruh dunia.

Kejayaan demi kejayaan yang diraih dan album demi album digarap Yuna menjadikan karier seni pemenang Anugerah Juara Lagu ke-27, Terukir Di Bintang semakin bernilai.

Kini pada saat yang tepat, seiring album kelimanya Y5 dirilis, Yuna siap bertemu peminat yang tidak pernah berhenti menyokong perjalanan karier seninya dari zaman MySpace sehingga dipinang meastro muzik David Foster untuk ikut bernaung di bawah Verve Music Group.

Pertemuan menerusi Yuna Asia Tour ini menjadikan Hikmah Exchange, Kuching, Sarawak sebagai lokasi pertama seumpamanya yang pernah dibawakan oleh penganjur.

Yuna Asia Tour akan mencipta momen tersendiri di antara penyanyi kesayangan ramai ini dengan penggemar yang sudah lama menantikan dia kembali ke tanah air dan mempamerkan kredibiliti seninya.

Advertisements

Tidak mengikut ‘arus’ memulakan sebuah konsert besar di ibu kota Kuala Lumpur, RK LiveAsia dan Icon Entertainment sebaliknya yakin Yuna Asia Tour yang bakal dilangsungkan di Borneo, terutama Kuching, Sarawak akan berjaya.

Yuna Asia Tour akan berlangsung di Kuching, Sarawak pada Jumaat ini, 27 Oktober.

Selaku penganjur, Iman Tang berkata, dengan imej dan ‘kuasa’ Yuna, di mana pun lokasi persembahannya ia pasti akan mendapat sambutan luar biasa.

“Ini Yuna, seperti istimewanya wanita yang berhati besar membawa jauh karya-karyanya mengembara ke pelbagai pelusuk dunia, kami di RK LiveAsia dan Icon Entertainment percaya Kuching akan menyaksikan sebuah persembahan spektakular daripadanya,” katanya.

Penganjur juga mengatakan bintang berusia 36 tahun ini tidak akan mengecewakan penggemar apabila bakal mendendangkanlagu hitnya sama ada dalam bahasa Inggeris atau Melayu.

Tentulah single terkini, Masih Sunyi yang dirilis tahun ini akan diperdengarkan bersama lagu lainnya seperti Hello, Lullabies serta Dan Sebenarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Atlet kayak parah dirempuh pemandu mabuk, diseret 600 meter

ATLET kayak negara, Siti Nurul Masyitah Md Elias, 22, cedera parah setelah dipercayai dirempuh seorang pemandu mabuk di Lebuh...

Lagi Artikel Berkaitan