27.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Fadhli mohon maaf kepada PM isu perkataan ‘ketimbang’

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu perkataan ‘ketimbang’.

Ini susulan perkataan itu digunakan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan dalam ucapan Belanjawan 2024 baru-baru ini.

Ahmad Fadhli berkata, ketika beliau berbahas di Dewan Rakyat Rabu lalu, beliau menyebut bahawa perkataan ‘ketimbang’ tiada dalam kamus Bahasa Melayu.

“Ramai yang tidak berpuas hati padahal saya hanya mengambil masa kurang seminit untuk menegur isu tersebut dan selebihnya digunakan untuk membahas Bajet 2024.

“Rupa-rupanya saya silap, perkataan itu ada dalam Kamus Indonesia dan Wikikamus (yang boleh diedit oleh sesiapa), jadi apa yang saya sebut itu kurang tepat.

Advertisements

“Oleh demikian saya mohon maaf, rupa-rupanya PM menggunakan istilah Indonesia dalam teks Bajet yang dirangka sudah tentu melalui proses yang sangat rapi. Saya mohon maaf,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Oleh demikian, katanya, mana-mana Ahli Parlimen kerajaan boleh merujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mengelirukan dewan.

“Ini melibatkan maruah PM, adalah tidak wajar hanya bangkitkan di media sosial sahaja tanpa bertindak membersihkan maruah PM kita yang tercinta.

“Ahli-ahli Parlimen Kerajaan khususnya PH wajib bertindak,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan