25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Majikan gagal patuhi UU buruh, imigresen berdepan tindakan

Mesti Baca

KEMENTERIAN Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan dan mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang gagal mematuhi undang-undang buruh dan imigresen.

Malah sebarang aktiviti penipuan yang dilakukan majikan semasa Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) turut diambil tindakan.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar, berkata majikan dan agensi pekerjaan swasta yang melanggar undang-undang serta dasar dan arahan kerajaan berhubung permohonan dan pengambilan pekerja asing akan disenaraihitamkan.

“Masalah itu sedang diteliti dengan serius oleh kerajaan dan beberapa usaha telah diambil untuk menangani perkara ini.

“Kami juga membantu pekerja asing yang mengalami masalah akibat majikan menyalahgunakan RTK menerusi Program Pertukaran Majikan dan majikan baharu akan disaring oleh Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Imigresen sebelum pekerja itu diserahkan kepada mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Sivakumar berkata demikian memberi respons kepada laporan media pada Khamis, menyatakan Malaysia menghadapi lambakan pekerja asing yang besar akibat buruh paksa sistemik.

Menteri itu berkata kerajaan telah mengkaji semula program RTK yang telah dihentikan sejak 18 Mac lalu dan menyedari ada majikan menyalahgunakan kelonggaran yang diberikan sehingga menyebabkan kuota yang diluluskan melebihi keperluan sebenar majikan.

“Ini tidak dinafikan telah menyebabkan ramai pekerja asing menghadapi situasi menyukarkan iaitu tidak dibayar gaji, tidak diberi pekerjaan dan tidak disediakan penginapan yang kondusif mengikut undang-undang negara.

“Kerajaan telah membuat keputusan tiada lagi kelulusan bagi kuota baharu, dan ia akan menguruskan kemasukan pekerja berdasarkan kuota yang diluluskan bagi memastikan bilangan pekerja asing di Malaysia tidak melebihi 2.4 juta menjelang 2025,” katanya.

Katanya lagi, KSM ingin menjelaskan bahawa pengurusan pekerja asing di Malaysia adalah tertakluk kepada prinsip mengutamakan pekerja tempatan dan permintaan daripada majikan bergantung kepada keperluan sebenar mereka berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan mengikut sektor. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan