33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Isu 3R tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Mesti Baca

PENDIRIAN kerajaan berhubung isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R) serta penyelesaian masalah penduduk yang tidak mempunyai dokumen antara tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan pendirian kerajaan berhubung isu 3R serta asas perundangan yang diguna pakai untuk melarang rakyat Malaysia daripada menyentuh perkara tersebut.

Muhyiddin mengemukakan soalan itu ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan.

Dalam sesi sama, Lo Su Fui (GRS-Tawau) meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan usaha penyelesaian isu penduduk yang tidak mempunyai dokumen disebabkan oleh pendaftaran lewat, kematian bapa dan ibu warganegara, kehilangan sijil nikah dan perkara-perkara lain.

Pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (PN-Labuan) meminta Menteri Pengangkutan menyatakan sebab Malaysia Airlines menamatkan perkhidmatan katering dalam penerbangan Brahim’s Food Services Sdn Bhd sebelum melantik katerer yang baru.

Advertisements

Persidangan hari ini juga akan menyambung sesi perbahasan Belanjawan 2024 yang memasuki hari kelima, selepas ia dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Oktober lalu.

Berdasarkan takwim Dewan Rakyat, Rang Undang-undang Perbekalan 2024 itu akan dibahas di peringkat dasar selama lapan hari, sebelum sesi jawapan oleh menteri selama empat hari bermula 30 Okt.

Ahli-Ahli Parlimen akan mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang berkenaan di peringkat jawatankuasa selama 12 hari bermula 6 November.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 32 hari bermula 9 Oktober hingga 30 November ini. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan